Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

BUkIT BICHAK aka BUKIT KAJANG PERDANA

Imej
Alhamdulillah Puncak Ke 169 Bukit Bichak aka Bukit Perdana Hill Sabtu lepas, aku dah cuba-cuba cari trek lepas kerja malam. Biasalah, ngantuk-ngantuk pun cuba cari jalan nak keluar peluh. Dah pusing-pusing satu Kajang jumpa la starting point. Naikla ikut jalan raya  sehingga ke pintu rimba denai hutan (gambar). Baru nak melangkah naik, dah nampak dua ekor anjing dalam 50 meter kat depan. Mula-mula aku nak terus mara ke depan dan cubaan mengutip satu dua batu yang agak besar muat satu genggaman, tak  sangka mereka perasaan dan terus menyalak. Paling tak sangka tu, ada muncul dekat 3 atau empat lagi dari arah semak dan datang mengejar ke arah aku. Apa lagi, aku bukak langkah seribu. Aku berlari laju nak mampus tu sampai Cap pun kena cabut pegang dekat tangan. Macam halilintir, langsung tak menoleh. Aku lebih rela gagal dari kena gigit.  Gagal hari ni bukan selamanya. Cuma hati agak keruan. Jarang misi tak berjaya. JARANG. Diulang harus diulang.      Mujur ada kawan nak teman. Seorang