Trans Gunung Berhid - Aler - Puncak 1688 (Gaya Air)
EKSPEDISI GUNUNG BERHID-ALER- PUNCAK 1688: The Way Of Water (04.11.2022 ) Cerita ni mungkin panjang. Bersambung-sambung episod. 1.0: Prolog Aku baru jer sembang dengan Yogi pasal Gunung Aler dengan Berhid ni, konon-konon nak cuba masuk redah untuk tahun depan (2023). Macam lagi susah pulak nak buat. Nak redah masuk gunung zaman sekarang bukan mudah macam lima enam tahun dulu. Malam ni plan, esok dah masuk senyap-senyap. Gunung Berhid-Aler ni antara senarai gunung yang agak jarang orang masuk, mungkin ramai masih belum pernah dengar kewujudannya. Ia hanya terletak bersebelahan dengan Gunung Yong Yap je cuma lepas Kem Balak Pecah nanti, dalam lima minit kemudian akan jumpa simpang kecil yang akan membawa ke Kem Potong yang hanya terletak hanya di tepi trek. Memang trek ni potong terus trek. Ada marking atau takik dekat pokok asal telah dibuang oleh pihak-pihak tertentu. Aku bertanggapan yang marking tersebut amat perlu dibuang atau ditanggalkan kerana takut ada pendak