Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

TRANS JERGING Compress

Imej
TRANS JERGING Compress Harian Metro Jumaat 19 April 2019 Amir Muslim                 Trans Jerging diambil nama sempena nama sebuah anak sungai yang dilalui didalam laluan pendakian ini yang meliputi empat gunung iaitu Gunung Suku (1797meter), Gunung Irau (2110meter), Gunung Yellow (1667meter) dan Gunung Pass (1587meter) dengan jumlah jarak perjalanan sebanyak 18km lebih.      Perjalanan akan bermula di starting di tepi jalan Simpang Pulai-Cameron Highland iaitu terletak pada kilometer ke 32km dari exit keluar Tol Simpang Pulai dan yang istimewanya akan berakhir di tepi jalan yang terdapat tulisan 'Selamat Datang Ke Cameron Highland' nanti. Untuk pendakian kali ini, beberapa buah kereta telah diletakkan di kawasan tersebut untuk proses keluar dan balik nanti yang diletakkan ditepi jalan. Pendaki dinasihatkan untuk berhati-hati dan meletakkan kereta diatas risiko sendiri kerana beberapa kes pecah kereta telah terjadi sebelum ini. Untuk lebih selamat para pendaki boleh memil