Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Kisah Mistik 06/15: Gunung Semangkok

Imej
       GUNUNG Semangkok (2016-2019) - Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 10/15) Lama berjalan, kongsi pengalaman, sedikit pengisian, bukan rekaan, atau khayalan Prolog Gunung Semangkok adalah Gunung paling tinggi di Selangor (1824m), bukan NUANG!!! Noktah.        Lima kali aku pernah ke Semangkok, terlalu banyak kisahnya. Semua masih segar di dalam ingatan. Pernah sekali keluar tengah malam dan 2 kali sampai puncak pada malam hari dengan hujan lebat nak ke puncak. Kisah 1/5: Kena Cuit (2016)        Selapas tiba di puncak, aku menggunakan lumut-lumut kering dan yang dah mati di mana aku kutip di dahan pokok di sekitarnya untuk menghidupkan api. Agak bernasib baik juga sebab dalam keadaan persekitarannya yang lembap dan basah ini ada juga bahan-bahan yang membantu nak buat bahan api. Dapatlah nak panaskan badan.        Kesejukkan mula terasa sampai ke tulang. Baju yang di pakai tak mampu lagi nak menghangatkan badan; baju samaada basah dek peluh atau sudah pun ter

Gunung Tahan via Merapoh ( Compress)

Imej
Silibus: GUNUNG TAHAN 2022 oleh: Cikgu compress tetap nak cuba compress; 01: Prolog                Selama aku menghiking ni, aku tak pernah meletakkan sasaran untuk melengkapkan senarai gunung bertaraf G7 (tujuh puncak gunung tertinggi di Semenanjung) ni dalan resume aku. Aku ada cara aku tersendiri bagaimana aku nak capai ketujuh-tujuh puncak tersebut. Biar lebih bermakna, buksn hanya sekeping atau satu album gambar di puncak dengan papan tanda.         Realitinya, dalam peredaran zaman serba kelam kabut ni, semua sibuk mengejarnya pula. Bagai suatu acara perlumbaan. Setahun dah kira antara yang paling lambat, mungkin merangkak, dan tahniah juga diucapkan jika ada yang berjaya melakukannya dalam masa tiga bulan. Lepas tu ke mana pula anda semua? Hakikatnya, itu selera masing-masing. Besar atau kecik, mulut sendiri yang akan suap, perut sendiri akan kenyang. Tepuk dada, raba poket.        Kronologi pendakian G7 dan sewaktu dengannya 2008: Gunung Nuang (2 hari 1 malam) 2009 hing