15 CERITA MISTIK PENGALAMAN: No 09 #Bukit Kutu
(BUKIT KUTU: Pertama kali Solo) - Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 7/15) 15 kali dah tawan puncak Bukit Kutu (2015-2019) Lama berjalan, kongsi pengalaman, sedikit pengisian, bukan rekaan, atau khayalan. CAHAYA (2016) Mesej terakhir yang dilihat dalam Whatsapp adalah pada jam dua pagi. Mesti semua dah naik sebab langsung tiada satu respon balas seterusnya. Pada pukul dua pagi yang sama, aku baru je nak bergerak dari rumah. Bergerak seorang diri pula tu, menyusuri lebuhraya PLUS menuju ke Kuala Kubu Bharu (KKB). Dari susur keluar Bukit Beruntung menuju ke Rasa dan hinggalah ke Pekan KKB, aku boleh bilang dengan jari berapa buah kenderaan yang aku jumpa semasa dalam perjalanan. Gelap dalam kegelapan, sunyi dalam kesepian. Radio pun kejap bersuara kejap mendatar siarannya. Cermin sisi terus aku tak pandang. Nak laju pun tak boleh sangat. Takut ada babi melintas tak sempat elak. Aku dah fikir separuh mas