Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

15 CERITA MISTIK PENGALAMAN: No 10 #Gunung Bintang

Imej
  15 CERITA MISTIK PENGALAMAN (Gunung Bintang: Single Dayhike)      - Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 6/15) Lama berjalan, kongsi pengalaman, sedikit pengisian, bukan rekaan, atau khayalan. No. 10: Gunung Bintang 'Bujang' via Kuala Sedim, Kedah          " Wanginya bau kat sini" itulah ungkapan aku sebaik melalui suatu kawasan.      Bukan kat situ je, ada banyak lagi tempatnya. Setiap kali aku 'menegur', Yogi (bukan nama sebenar) hanya berdiam akan diri. Dah faham perangai aku yang suka cakap lepas. Lepas ke?, aku bukan mencarut pun. Kadang-kadang, mulut lagi lancar dari sel-sel otak bergerak. Tak boleh nak kawal.       Kedatangan aku ke gunung tertinggi di Kedah (1862m) ni merupakan perancangan saat-saat akhir yang hanya bermula tengahari kelmarin. Memandangkan cuti kerja kami berdua jatuh pada hari yang sama, aku melontarkan idea untuk menawan puncak Gunung Bintang secara 'dayhike' atau depek ini. Seruan pula bersahut. Manakal

15 CERITA MISTIK PENGALAMAN: No 11 #Gunung Liang

Imej
15 CERITA MISTIK PENGALAMAN (Gunung Liang)         - Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 5/15) No. 11: GUNUNG LIANG (2016)        " Pukul lapan malam tadi lagi, geng-geng dorang dah turun beratur turun, duduk keliling duk tengok kita buat apa" Kata Shah (bukan nama sebenar) selepas aku menceritakan pengalaman aku masa tidur dekat khemah semalam. Mungkin mereka ingat kami ni geng sarkas yang datang buat pertunjukkan.        "Dah laluan dia kat situ. Dah macam highway!" Terang Shah lagi. Aku mengiyakan je, tanda bersetuju. Beliau pun jenis boleh 'nampak' lebih sikit.         Itulah pengenalan untuk memulakan kisah yang  sudah berminggu tergantung. Ekspedisi Gunung Liang ini adalah julung kalinya diadakan iaitu pada tahun 2016. Aku menyertai acara perkhemahan ini secara pakej dua hari satu malam. Bersama seramai 30 orang dan lebih mungkin, bertolak naik mendaki pada pukul lapan pagi lebih. Kemsite pertama yang akan sampai adalah sebuah tapak