Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Dari Gunung Ke Gunung: Gunung Rajah KKB & Chamang)

Imej
Dari Gunung Ke Gunung Puncak ke-24: Mempersembahaan....Rajah... Rajah adalah gunung kegemaran hamba. Terpaling. Setiap kali pergi mesti ada cerita. Terimalah..... 01/15:  19.03.2016 (Ikut Chamang): Tiba-tiba ada orang ajak naik Rajah sehari sebelum. Aku pun dah kemaruk sangat pergi sebab dengar cerita orang sana-sini mencanang pasal Rajah. 'Dayhike' katanya, siap cakap mesti keluar sebelum gelap. Makinlah mengamit keterujaan. Mereka janji mahu naik sebelum subuh dan akan bersolat subuh secara berjemaah di mana jua kami berada. Tak sampai 15 minit bertolak, atas jalan balak tu jugak kefardhuan ditunaikan. Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak bawah enam jam pada percubaan pertama. Lagipun masa tu aku tak tahu kenapa sepanjang jalan perut aku memulas. Mungkin sebab makan roti canai kat kedai mamak awal-awal pagi. Bila sampai kat puncak aku makan cokelat 'Cadbury terus keluar-keluar angin kentun. Lega. Dekat sejam duduk melangut kat puncak aku pun turun sebab kawan aku;