Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Trans Solo Gunung Jasar - Puncak Perdah-Gunung Ruil-Kg Orang Asli

Imej
TRANS TANAH RATA-SIMPANG PULAI SOLO YOLO (Gunung Jasar-Perdah-Ruil-Kg Orang Asli) 9 Julai 2019 1.0: KEMBARA YANG INDAH          Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha Memberi Rezeki. Coretan kali ini adalah sebuah perjalanan yang sangat panjang untuk aku nukilkan sebenarnya tapi aku singkatkan untuk perkongsian bersama. Perjalanan mencari sebuah ketenangan.        "Journey to the West" aku panggil tajuk misi aku kali ini kerana aku berjalan-jalan (padahal naik kereta je pun) merentasi negeri-negeri yang terletak disebelah utara kecuali ke Perlis. Aku ambil masa di dalam seminggu (tak cukup) dengan hampir 70% perjalanan adalah tiada dalam perancangan langsung. Aku jenis tak suka terlalu merancang dan hanya ikut "the flow" dan segalanya berlaku "on the spot". Baru bermakna memori yang dicipta. Contohnya, aku naik Bukit Larut sehari pulang dari majlis perkahwinan kawan baik pada