Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

TRANS BUKIT KUTU-BUKIT BATU PAHAT

Imej
Trans Bukit Kutu- Bukit Batu Pahat 12.01.2019/Sabtudate 1.0: Kena Lipak        Trip kali ni agak istimewa sebab tiada langsung dalam perancangan (rasa kalau aku dah buat cerita sepanjang novel Lagenda Budak Setan tu semua trip tu bukan biasa-biasa la). Semua jadi last minit sebab kes kena lipak ni. Aku pun asyik kena lipak dengan orang kalau korang nak tahu. Rasanya benda tu tak boleh lari dah dalam hidup ni. Sama ada kau dilipak atau sebaliknya. Lipak tu berasal dari Kosa- Kata bahasa Terengganu yang bermaksud berjanji bagai nak rak, tapi hari kejadian abu pun tarak muncul, dengan alasan yang kadang tak munasabah. Paling biasa adalah tertidur. Kes aku pun sama jer jalan ceritanya.         Asalnya aku dengan Farid dan Abang Yusuf (bukan nama sebenar) merancang nak masuk Gunung Rajah melalui Kuala Kubu Baru. Padahal aku baru jer pergi Gunung Rajah minggu sebelumnya secara seorang diri aka solo (Alhamdulilah, dah empat kali aku solo ke Gunung Rajah setakat ni) Aku pun dah kering