TRANS TITIWANGSA V1 REVERSE Dayhike 3.0 Sub 14H
Ekspedisi V1 Reverse Dayhike 3.0 (Yong Belar-Gayong-Korbu) 3.0 14 April 2018/28 Rejab 1439 V1 Half Solo 14 JAM 26 MINIT 1.0 MUKADDIMAH: Pengenalan Assalamualaikum W.B.T Coretan kali ini agak mengambil masa yang terlalu lama dan panjang untuk nukilkan. Hampir dua bulan selepas ekspedisi V1 dijayakan ini,baru aku dapat 'mood' yang betul dan masa yang sesuai untuk bekarya lagi. Sememangnya sangat panjang dan terlalu banyak yang ingin aku kongsikan kepada semua. Bukan ingin mendabik dada malah jauh sekali untuk berasa riak, tapi aku ingin berkongsi pengalaman ini semoga dapat menjadi pengajaran dan pembelajaran buat pendaki-pendaki diluar sana yang ingin sama menakluki gunung-gunung di dalam Tans Titiwangsa 1 atau dilebih dikenali Trans Titi V1 atau singkatnya hanya dipanggil V1. Ekspedisi pendakian di jalur pergunungan merentasi Banjaran Trans Titiwangsa V1 adalah merangkumi beberapa gunung tertinggi di Malaysia seperti Gunung Yong Belar (2181m), Gu