TRANS NANING 7 Puncak SOLO
Trans Naning TUJUH PUNCAK BERSOLO 2.2.2019/Sabtu 1.0: Kucing Ekspedisi kali ni agak lain dari yang lain bulan kerana kesukarannya tertapi kerana aku plan dan rancang masa dekat puncak Gunung Datuk. Asalnya aku hanya nak naik Gunung Datuk jer. Bertemankan dua orang kawan iaitu Angah dan Izzi, kawan hiking dari Lineup 47 aku. Kami bertiga bercadang nak menghadiri sebuah perkahwinan sepasang teman di daerah Jelebu, Negeri Sembilan dimana ianya bakal mengambil masa selama lebih kurang 90 minit perjalanan dari kaki Gunung Datuk ke tempat walimahtul urus nanti. Kali ni hanya aku seorang sahaja akan menaiki Gunung Datuk. Manakala si Angah dan Izzi tak nak ikut menyertai aku kerana takut aku tinggalkan mereka. Puas aku pujuk dengan mengatakan yang aku hanya naik santai-santai je pun. Lagipun, dengan adanya Si Redho dan Haizer yang terlebih dahulu naik pada jam dua pagi lebih awal tadi pasti membuatkan aku berada lebih lama di puncak bersama-sama mereka. Tak tahulah sembang ken