GUNUNG LEDANG VIA ASAHAN 2.0
Gunung Ledang via Asahan 2.0 16.12.2018 Sabtu Episod 1: Mukaddimah..la Gunung Ledang ni bukanlah gunung kegemaran aku pun. Kalau bagi free pun aku tak nak naik. Sekali merasa naik bulan 12 tahun lepas sudah cukup untuk melengkapkan misi seratus puncak. Rasa leceh sebab kena bayar seberapa jumlah yg ditetapkan termasuk kos permit dan pendaftaran serta bila gunung tersebut dah di iktiraf jadi taman negara makanya pengurusannya menjadi lagi tinggi standard dan perlu mengikut SOP tersendiri. Tapi disebabkan perubahan harga dan pengurusan yang sangat melampau aku rasakan, aku rasa lebih baik aku ambik peluang yang ada ni. Asalnya, aku dah tak tahu nk pergi gunung mana lagi. Sejak tamat misi 100 puncak bulan lepas siap masuk surat khabar kut, aku jadi makin bermalas-malasan nk bergunung. Rasa puas tak terhingga. Selepas memikirkannya segala baik buruk dan aku belum rasa nk pencen lagi dlm beraktiviti bergunung ni, aku membuat keputusan nak naik ke Gunung Ledang sekali lagi