TRANS GANDIK ENAM PUNCAK (Bunting-Tanggung-Gandik-Puncak 1327-Laut Tinggal-Changkah Perah)
Trans Gandik Enam Puncak (Bunting-Tanggung-Gandik-Puncak 1327-Laut Tinggal-Changkah Perah) 1.10.2018 1.0 MUKADDIMAH Asal kejadianya Murshid yg ajak aku buat TNBYY (Tok Nenek-Bubu-Yong Yap) tetapi sebab lambat beri pengesahan diri maknany aku dah kelewatan untuk membuat permit. Malas aku nak masuk redah, ambik risiko, lagipun dikala ketika musim2 hujan ni macam2 benda boleh jadi. Nak seberang 463 kali sungai-sungai dari menuju ke Tok Nenek kemudian lepas Kem Balak Pecah tu betul-betul mental dibuatnya. Lagipun dah 4 kali dah aku masuk, penat la main2 depek ni. 3 kali yang terakhir tu aku dilanda deman, kemudian injured kaki dan last sekali kena keracunan makanan (patutlah breathing out habis). Sebab trauma yang masih dihantui dan aku pun tak nak sia-sia cuti yg bermutu ni, justeru itu, aku terus ubah plan B iaitu misi menghabiskan Trans Gandik yang belum habis ke semua puncaknya aku tawan. Pada bulan Mac hari tu dah masuk dan dah nak khatam baik punya tetapi misi diseparuhkan