15 CERITA MISTIK HIKING MISTIK: No.15 #Trans Jasar
15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi No. 15. TRANS JASAR-PERDAH-RUIL Selepas balik dari Bukit Mok Cun dan menghantar kawan semula ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tengah malam itu aku terus membawa diri, berhajat nak naik Cameron Highlands malam tu jugak. Oleh kerana terlampau mengantuk, aku terpaksa berhenti tidur di kawasan tol/keluar Simpang Pulai dan beradu seketika. Jam dikala itu pukul satu pagi lebih dan selepas beberapa jam dengan hanya tidur-tidur ayam, pukul empat pagi lebih aku pun beranikan diri memandu seorang diri naik ke Cameron Highlands. Untuk menghilangkan kebosanan (maklumlah, siaran radio dan tertunda frekuensi), aku mula mengira jumlah kenderaan yang aku jumpa sama ada dari arah bertentangan atau dari arah yang sama (tak sampai sepuluh ketul pun, rata-rata semuanya lori sayur). Dipendekkan cerita, aku sampai dekat Masjid Lojing pukul enam, subuh dan kemudian aku bergerak ke Oly's Aparment